Kita selalu di ingatkan akan kepentingan membaca. Dengan majunye sistem percetakan, kita dapat menikmati bermacam-macam jenis bahan bacaan di pasaran. Walaubagaimanapun, peluang ini kita harus ambil dengan sebaik-baiknya dengan membaca jenis-jenis bacaan yang berkualiti dan berbagai.
Bagi remaja, bahan bacaan amatlah penting kerana ia boleh membentuk mentaliti di alam dewasa. Oleh sebab itu lah para ibu bapa harus mengawasi dan memberi dorongan kepada anak-anak dari usia yang muda untuk membaca terutamanya dizaman persaingan diantara buku dan komputer. Ibu bapa di Malaysia terutamanya harus berhati-hati kerana dipasaran terbuka terdapat banyak bahan-bahan bacaan yang hanya layak dibuang kedalam tong sampah. Kita juga harus mengalakkan anak-anak untuk membaca buku-buku didalam bahasa inggeris bukan sahaja untuk meningkatkan penguasaan mereka didalam bahasa tersebut tetapi jugak untuk meluaskan pandangan kita tentang perihal dunia. Akhir sekali, sebagai ibu bapa dan orang dewasa, kita sendiri haruslah menghindar diri dari membaca bahan-bahan tahi murahan dan gossip yang mudah didapati dipasaran. Kita harus ingat prinsip ekonomi yang paling asas, kalau tidak ada "demand" masakan ada "supply". Buang yang jijik ambil yang berkualiti.
Salah satu kunci jutawan adalah menimba ilmu. Salah satu caranya adalah dengan membaca. Berapa banyak buku perlu di baca?
Ketika Workshop Jutawan Internet saya menceritakan kunci-kunci jutawan dan salah satunya adalah membaca. Peserta mungkin ingat saya menyebut berapa banyak buku yang pernah saya baca bukan? Basically, berapa buku yang terdapat di perpustakaan di rumah…
Irfan khairi : >400 buku
Azizi Ali: > 700 buku
Semalam saya menceritakan pengalaman saya bersembang dengan multimillionaire Dato’ Ghazali… agak agaknya berapa buku diperpustakaannya?
Jawapan:
Dato’ Ghazali : > 6,000!
Tersesak juga nafas apabila mendengar tu. Saya ingat saya sudah banyak membaca- 1 minggu 1 buku habis (give or take).Tetapi Dato’ Ghazali habis 3 buku dalam masa 1 minggu.
Jadi, it’s proven… untuk berjaya dari segi kewangan… perlu banyak membaca. Lagi banyak membaca, lagi hebat status kewangan anda- insyaallah!
ps: ini salah satu point daripada nota 3 muka surat saya sebutkan semalam
Hari ini kita kongsi tip membaca dengan cepat dan berkesan, untuk pemahaman artikel, majalah dll tetapi tidak sesuai untuk bahan bacaan berat…buku accounting, investment, medic dan seumpamanya.
Teknik membaca ni penting supaya kita dapat jimat masa. Beberapa minggu lepas, saya buat persediaan untuk pembentangan tentang Isu harga minyak naik (Crude Oil). jadi, sebelum pembentangan, saya akan dapatkan sedikit sebanyak maklumat sekurang-kurangnya daripada beberapa artikel. Alhamdulillah, tidak susah nak dapatkan artikel tentangnya memandangkan itu adalah isu yang paling popular dalam ekonomi baru-baru ini. Cuma, setelah baca 2 artikel, saya lambat nak faham tentang kaitannya dengan kadar faedah atau senang cerita relationship between interest rates and oil prices. Adakah sama macam saham atau currency? Kadar faedah naik kemudian oil price berubah, ke macam mana? Puas berfikir, saya cari lagi artikel lain…jumpa juga, tapi far slow to understand. Ayat yang digunakan terlalu teknikal ditambah pula dengan candlestick chart yang saya tidak begitu reti untuk faham.
Nasib baik ada lecturer yang tak kisah di tanya walaupun jumpa di koridor. Barulah faham. Terima kasih Prof Khalil.
Oh panjang pula certinya. coming back kepada yang tadi!
Tip ini saya dapat dari salah seorang pensyarah saya, dan mungkin juga pensyarah anda. Atau anda pernah baca di mana2, tak kisahlah. Saya bukanlah seorang yang pro pasal ini tapi untuk berkongi pendapat, tak jadi masalah kan.
Begini caranya ;
1) Preview - Baca artikel begini, mula-mula baca 2 perenggan pertama dalam artikel tu, kemudian baca 2 perenggan akhir, dengan ini anda akan mendapat gambaran menyeluruh tentang apa yang penulis itu ingin sampaikan. Dan untuk perenggan-perenggan lain dalam artikel itu, anda baca ayat pertama. Ini kerana, overall idea penulis biasanya berada di bahagian itulah. Jimat masa bukan?
2) Skimming - go through every line very fast. Baca setiap baris dengan cepat. Cepat di sini maksudnya 3-4 patah perkataan sekali pandang. Ini kerana, pandangan mata anda mampu malihat beberapa patah perkataan sekaligus.
3) Scanning - Lihat pada soalan dan spesific information daripada text. Lihat pada maklumat yang specific. Contohnya, jika anda membaca artikel berkaitan harga minya, anda ingin tahu tentang punca kenaikan harga minya, jadi fokus mata anda kepada perkataan seperti “antara faktor/punca/sebab/dipengaruhi oleh/kesan daripada/ dsb”.
4) Jangan membaca dengan mulut - tak payah keluar suara. Memenatkan je, sebab anda baca tak buka mulut anda faham juga.
5) Jangan guna jari untuk menunjuk perkataan yang anda baca - ini juga antara faktor yang melambatkan pembacaan.
Inilah cara membaca secara professional untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan.